Saturday, May 9, 2009

I'm Back.....

Askum semua!!!..maafkan hzq sbb dah lama sgt xupdate blog...bukannya apa,cuma bz teramat dlm masa 2 bulan ni...byk sgt cerita yg tertinggal spnjang xupdate blog ni...cerita psl A.I.M ,pencalonan Muzik-Muzik & mcm2 lg...nak diikutkan nak je cerita setiap detail bout my activity tp trbatas sbb mcm2 hal nak disetlekan...

Alhamdulillah dah masuk semester ke2 hzq study kat LimKokWing..rasa cm dah mcm2 hzq blaja psl muzik ni tp ada lagi 2 semester lg utk graduate...pengalaman spnjang kat kokwing mmg best sbb dpt tgk mcm2 topeng manusia yg kaya dgn plbagai ragam...ada yg sexy,nerd,poyo,blagak & mcm2 lg...dah la kat situ brkumpulnya para2 pak botak dr negara afrika...diowg ni yg slalu buat hal mcm gaduh & bunuh diri...betul la sangkaan hzq yg org negro ni mmg kaya dgn kntoversi & manipulasi...bersyukurlah kita hidup dibawah limpah kurnia allah yg aman & tnteram ni...

Klo nak story psl kokwing ni smpai esok pun xhabis jd kita move on to next story...
My next story is bout my career yg alhamdulillah semakin matang & maju setapak...hzq katakan maju setapak ialah sbb tercalonnya hzq dlm anugerah paling berprestij dlm bidang seni hiburan kita ni iatu A.I.M...Hzq tercalon utk 2 kategori iaitu Album Pop Etnik Terbaik & Lagu Pop Etnik Terbaik...walaupun xde rezki kali ni tp hzq brsyukur sgt sbb bg hzq dah tercalon dh cukup bagus dah...& kalo menang tu adalah satu bonus buat hzq...Tp hzq sgt bangga mlm tu sbb irama melayu kita ni masih diiktiraf wlaupun xramai yg ingin mnceburinya..& kepada calon-calon dlm album tersebut hzq ucapkan tahniah & teruslah mmartabatkan irama melayu kita jauh dr apa yg disangka...

Time to go...nnti hzq update lg...dadadada

Wednesday, March 4, 2009

Askum & selamat semua..pa habaq?..agak lama jugak tak update blog ni kerana disebabkan terlalu banyak aktiviti2 yang berlaku sepanjang bulan ni..Thanx pada semua visitors yg sudi singgah ke blog hzq ni..InsyaAllah hzq akan sedaya upaya update sekerap mungkin tapi tu pun bergantung pada masa yg ada ya..

Sepanjang bulan lepas & bulan ni mcm2 berlaku..antaranya hzq brsama keluarga & kawan ke Cameron Highland utk percutian singkat dua hari..bukan apa cuma hzq tak pernah naik kesana & teringin sangat2 nak kesana & alhamdulillah dapat jugak merasa udara sejuk ala2 genting...Kat sana hzq dan keluarga menginap di sebuah kondo kepunyaan seorang kenalan hzq yang juga hzq gelar mereka sebagai keluarga angkat hzq..Memang best sangat sepanjang dua hari kata sana..Antara tempat yg dikunjungi adalah ladang Strawberi , ladang Teh , taman rama-rama & banyak lagi..Kat bwh ni ada antara gmbar2 menarik sepanjang disana..








Saturday, February 14, 2009

KisaH GyM & Benjamin Button

Rasa puas dpt gi gym smlm,rasa sgt tough & sasa..hahaha...ramai yg tkejut nape hzq gi gym sbb hzq ni dah la kurus..diowg tak tau yg sbenanya hzq gi gym bukan pasal nak kurus tp nak toning badan ala2 model gitu..huhu...skang hzq join clbrty fitness kat bgsar..rmai gak artis yg hzq trserempak kat situ..Hzq pilih bgsar sbb dekat & senang nak jumpa ngan dia..lgpun kat situ mcm2 bnda boleh cari & beli....Cerita psl toning badan ni mmg ramai yg teruja sbb bdn akan kelihatan sgt athletic & bombastic..tp bukan bodybuilder punya size tau sbb tu dah ketara sgt besar..klo nak masuk pertandingan boleh sgt badan mcm Arnold susah nak eja..Hzq bukan apa cuma nak bdn sentiasa sihat & trkawal dr segi pemakanan supaya senang dimasa tua nnti kurangla ckit penyakit2..

Korang rasa mana satu badan yg sesuai utk Haziq?...yg kat atas ni ke tau yg kat bawah ni?..


.........................................................................................................................................................

Habis je workout dlm kol 7 pm semalam terus call dia & ajak gi tgk wyg citer Benjamin Button..Filem ni mengisahkan seorang bayi yg dilahirkan dengan fizikalnya seperti lelaki berusia 80 tahun..semakin usianya meningkat dia beransur menjadi semakin muda..hinggalah ketika dia berumur 60 tahun dia menjadi pelupa & mendapat penyakit tua tetapi dalam keadaan fizikal seorang bayi yg kecil & comel...akhirnya dia mati dlm keadaan didukung oleh isterinya iaitu Daisy.. I think diz film one of the most great film in film history...jln cerita dia sgt unik & susah nak diterima dek akal..Korang yg belum tgk cite ni dipaksa & diharuskan menonton filem ni,rugi tak tengok..bygkan la baby tu lahirkan muka org tua & mati dlm keadaan baby..mcm mana tu?,,citer ni agak lama jugak la lebih kurang 2 jam lebih cmtu..Pelakon dia Brad Pitt patut dipuji melambung sbb lakonan dia sgt menusuk kedlm jiwa..cnfirm mana2 wanita boleh menitiskan air mata sbb byk babak yg menyentuh hati ,Hzq yg laki ni pun hampir2 nak ngis tp tahan je takut kena perli ngan Dia...huhuhu...kat bawah ni hzq ada kumpulkan gmbar Benjamin sejak dia lahir hinggalah dia berumur 60 tahun...menakjubkan

Benjamin semasa dilahirkan



Benjamin di umur 5 -10 tahun


Benjamin di umur 15 tahun



Benjamin diumur 20 tahun


Benjamin diumur 24 tahun


Benjamin diumur 27 tahun




Benjamin diumur 30 tahun


Benjamin diumur 35 tahun


Benjamin diumur 40 tahun


Benjamin diumur 60 tahun

Tuesday, February 10, 2009

BOLA?....apa Bola Bola?...

Fuhhh..nasib baik Man.U menang smlam...tp klo kalah xtau nak ckp apa ... apa yg penting Arsenal & Chelsea berhak utk kalah & diharapkan team ni makin corot corot dan terus corot.(jgn mrh fan arsenal& chelsea).huhu!!!!..Semalam Man.U kalahkan West Ham 1-0,tu pun masa dah nak dekat habis...tapi hzq xnmpk pulak player yg baru beli tu dari serbia,Tosic nama dia..ntah2 termakan sisa racun toksik kot..hua hua hua...
Manchester United Forever & ever!!!!!!!!

Actualy hzq mmg big fan of Man.U sejak kecil lg..dulu satu fmly minat Man.U sbb ada Beckham dulu tapi skang dah xfollow sbb beckham dah tak popular mcm dulu...org pompuan ni suka Man.U bukan sbb diowg bagus main bola tp dek kerana si hensem Beckham tu..

Dari dulu smpai skang Man.U mmg digilai ramai kerana kePOWERAN diowg main bola..Legend diowg sperti Eric Cantona,Peter Shemicheal,Roy Keane & ramai lg..cuma skang ni Man.U lebih ramai dianggotai oleh pemain muda mcm Rooney,Ronaldo,Carrick & brapa yg lain..

Sape fan Man.U boleh la baca ni tp mana yg bukan fan Man.U dikehendaki brsabar & baca dgn penuh redha kerana team kesukaan anda tak layak utk tandingi Man.U...hahahahahah....Bola punya pasal semua boleh jadi,tp jgn lupa daratan sudah...Dek kerana fanatik sgt ada yg smpai berbunuhan & bergaduh.."ape ke jadah semua ni..takkan mak bpk nak duduk nganga je"...hahahahah..

Bola negara kita skang ni dah tak mcm dulu...siapa sbenanya harus dipersalahkan..ada kata jurulatih ,ada pulak yg kata pemain tu sendiri..jd mcm mana ni?...bg hzq bnda ni jadi kerana xde semangat yg mendalam dlm diri setiap pemain.kalau dulu pemain bola bermain sbb maruah & semangat patriotik tp skang pemain lebih mengutamakan ganjaran dahulu..Dek kerana dimanjakan pemain kita kini semakin merosot setiap tahun..dah mcm2 jurulatih kita tukar tp mslah yg sama terus berulang...atau mungkinkah populasi penduduk yg sedikit di malaysia menyebabkan sukar utk mendapatkan bakat yg betul2 berkualiti jika nak dibandingkan dgn Indonesia,Jepun & negara besar lain..Tp apa pula dengan singapore?,besar ke nagara tu?..rasanya negeri johor lg besar dr singapore tu...takpelah ,ape pun hzq tetap menyokong bola sepak di malaysia ni...

Ni gmbar dulu....mana lagi kelihatan lebih sasa
& gagah?..Team atas ni atau dibawah?..Team mana
anda rasa lebih cemerlang,gemilang & terbilang?..

Bangkitlah Wahai Perwiraku!!!!

Pada peminat bola sepak boleh lah bg ulasan atau coment yg sewajarnya agar kita2 sama2 boleh sedar tentang semangat juang & semangat patriotik dlm diri kita..apa pun,aku sayang MALAYSIA...

Wednesday, February 4, 2009

Malam Keluarga Bahagia


Buat kesekian kalinya Pak Engku diatas nama Kuzie Catering & Entertainment akan mengadakan majlis jualan meja pada 15 hb Feb ini bertempat di Bangunan PKPS shah alam berhadapan dengan BlueWave Hotel..jualan meja ini adalah utk berhibur sambil menderma keatas pangsa palestin di gaza..Meja dijual dengan harga RM750 bagi satu meja..bg yg ingin membeli satu kerusi boleh membayar dengan harga RM75 seorang...ramai artis yg akan mmbuat persembahan pd mlm itu..Haziq juga turut mmbuat persembahan & akan menyampaikan bberapa buah lagu baru dari album terbaru haziq..Jgn lepaskan peluang utk bersama-sama berhibur smbil menderma..sebahagia drpd jualan tiket akan didermakan ke tabung mangsa gaza...Untuk mklukmat lanjut anda boleh menelefon ditalian 0123974595 / 0193700711...jumpa disana...

Thursday, January 29, 2009

Percutian Indah LunG CaR Wee!!!!!!!!!!

Fantastic,bombastic & magnificient yg dpt digambarkan utk sebuah pulau yg bernama LANGKAWI....sgt tenang rasanya dpt menghirup udara segar laut yg jarang sgt hzq dpt rasakan...semalam mrupakan hari yg sgt brmkna bg hzq kerana setelah sekian lamanya berpijak semula dibumi langkawi...nak diikut setiap 10 tahun hzq kesana..masa mula2 dulu pegi masa tahun 1988(umur 1 tahun),,second time pegi tahun 1998(umur 10 tahun),,,dan skang 2009(umur 20 tahun)..sedar tak sedar setiap 10 tahun kesana...myb next time pegi sana myb tahun 2018 kot..hahahahaha..








Tujuan asal sebenarnya bukan nak ke langkawi tapi nak menghantar rombongan perkahwinan abg angkat hzq di alor setar iaitu adik ipar uncle kesayangan hzq Uncle Mudz..alang2 dah ada kat kedah terus plan nak ke langkawi,,kiranya nak ke lgkawi ni last minit decision ler..hzq kesana dgn abah,mak,aunty raja & suaminya..
memandangan cuti raya cina maka sgtlah crowded org ramai kat lgkawi..hampir semua hotel kat sana fully booked..so trpksa guna jasa baik kwn disana utk tolong carikan bilik utk satu malam..cari punya cari akhirnya dpt jgk bilik kat Bayview Hotel brdekatan sgt2 dgn jeti & ditengah-tengah pekan kuah..kat bwh ni gmbar pmandangan perairan langkawi dari hotel kitorang ditingkat 15..

pantai pekan kuah


masa sehari memang tak cukup utk jln2 satu pulau tapi apa nak buat,uncle Nas trpksa pulang awal sbb dia keje keesokan hari..jd masa tdk disia-siakan..smpai je kat hotel terus simpan barang & bergegas naik kereta sewa ke Pantai Cenang iaitu pulau paling popular di lgkawi..smpai je kat pntai tenang terus tengok matahari trbenam cz smpai je dah nak pukul 7 jd sesuai sgt la tgk sunset..tak dpt nak amik pix sunset tp dpt amik pix dgn uncle Nas kat tepi pantai..pix abah ngan ucle Nas pun ada..

Uncle Nas & Abah


Me & Uncle Nas


Keesokan paginya kitorang dah plan nak ke Pulau Payar iaitu tempat tumpuan utama plancong paling popular di langkawi..senang citer kalo xpegi pulau payar ni xlengkaplah percutian..difahamkan pulau tu adalah tempat pemeliharaan hidupan laut yg sgt indah skali..semua jenis hidupan laut di kawasan ni dilindungi & diberi perhatian penuh sbb xnak sebarang ancaman & kepupusan habitat..kalau sesape nak snorkling & scuba diving boleh la kesini..

kat pulau ni hzq dpt cuba mcm2 bnda bru mcm snorkling & scuba..terkejut gila tgk ikan2 dekat dgn perairan pulau dgn banyak mengelilingi manusia yg bg ikan makanan..sape yg bg ikan makan mmg kwasan tu penuh dgn ikan...huhu..slalunya ikan ni takut ngan manusia tp kali ni ikan ni jinak sgt..tengok jela gmbr kat bwh ni,korang dpt tengok betapa canteknya pulau ni..prjalanan ke pulau ni amik masa 50 minit dari jeti lgkawi..So kpd korang yg nak cari pulau yg nyaman & tenang utk istirehat ,pulau lgkawi antara pilihan trbaik...slmt bcuti...daaaaaaaa





Wednesday, January 28, 2009

Tuesday, January 20, 2009

vote lagu haziq untuk BARU di ERA

Alhamdulillah lagu baru haziq berjudul Zapin Suri telah pun disenaraikan dlm Baru di ERA..baru ni td cek tengok2 dah disenaraikan...tahniah kat ERA cz still lg support lagu2 tradisional kita yg kian luput ditelan zaman..mintak2 dgn lagu bergenre mcm ni dpt menarik semula minat org muda utk menghayati irama turun temurun nenek moyang kita ni..klo korang nak vote lagu haziq leh masuk www.era.fm & gi kat program baru ERA & undi kat sana & boleh juga buat permintaan utk PILIHANMU DI ERA guna SMS seperti yg ditunjukkan mcm kolum dikotak sebelah ...peminat2 hzq semua harap dpt mmberi sokongan brlipat gnda dlm usaha utk mmartabatkan lagu tradisional kini...realy2 need support from u allz..tq tq tq

Thursday, January 15, 2009

ulasan album di BERITA HARIAN - HIP




ALBUM: Zapin Suri
ARTIS: Haziq
GENRE:Pop Tradisional

DIAKUI sebagai antara barisan penyanyi muda yang mampu membawakan lagu berirama tradisional dengan baik, Haziq mengakhiri penantian panjang selepas menamatkan pengajian di Akademi Fantasia 4 dengan album perdananya, Zapin Suri.

Percubaan berani Haziq yang menongkah arus, bahkan wajar diberi sokongan kerana usahanya itu memelihara irama tradisional kebanggaan negara daripada pupus ditelan masa.

Pesona suaranya yang lunak barangkali mampu membangkitkan nostalgia, apatah lagi sentuhan daripada nama tersohor seperti Pak Ngah, S Atan, Sham Kamikaze dan Arab memberi kekuatan kepada Zapin Suri.

Proses pembikinan album ini dilakukan penuh teliti, memuatkan pelbagai irama tradisional yang mencuri hati seperti joget, zapin dan gurindam lantas menyerlahkan kekuatan serta kepelbagaian penyampaian Haziq.

Penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke-21 ini, bagaimanapun, tidak melupakan terus peminat generasi muda yang barangkali mendambakan sesuatu yang berbeza daripadanya.

Haziq turut menghadiahkan mereka dengan lagu pop, Lara sentuhan Iryanda Mulia dan Akhirnya karya Sham Kamikaze. Percubaan baik dan mampu memberi variasi dalam penyampaian Haziq namun rasanya dia lebih cocok membawakan lagu beritama tradisional.

Antara produksi terbaik pernah diterbitkan di bawah label Maestro Records, album ini juga menghadiahkan peminat himpunan foto menarik Haziq yang mengimbau nostalgia.

Kata Hip:
BERHARAP supaya album ini diberi ruang untuk mendapat tempat di stesen radio kerana Haziq juga mempunyai potensi melakar nama yang besar dalam industri hiburan.

Monday, January 12, 2009

aku Yang Berumur 21...

7 januri lepas genap hzq berumur 21...dah beso aku rupanya...pejam celik pejam celik dah bertambah umur aku lagi setahun...tp apa pun hzq nak brterima kasih pd mak yg mlahirkan aku sehingga umur hzq genap 21 skang iaitu puan Aini Binti Mamat...& pd tarik trsebut hzq ada buat makan2 ckit utk saudara trdekat..tahun lepas buat grand sgt tp tahun ni igt nak buat ala kadar je..tahun ni hzq buat doa slamat & makan2 ringan2 je...

antara makanan yg sodap2..hehe

malam tu makanan mak hzq masak & ada bbrapa hamba allah yg menyumbang beberapa lauk pauk yg enak2 belaka...antara lauk pauk yg mak masak mcm spegethi,karipap,nasi lemak & mcm2 lg..tp yg paling org puji nasi lemak mak hzq..meletop seyh...tgk jela lauk pauk kat atas ni sape yg xmeleleh air liur dik non...huhuhu...

mlm tu agak meriah jugak la dgn kehadiran kwn2 & saudra trdekat..tahun ni xajak reramai sgt sebab mmg budget2 je masakan..apa2 pun thanx sape yg dtg mlm tu..antara slbriti yg hadir sperti jaafar onn,liya,asry,farhan,asplela abdullah & paling meletop skali ayah angkat kesayanganku iaitu pak engku....uncle jaafar bukan main lg dgn baju melayu dia,sakit cantik & kemas dia pd mlm tu..

tema utk mjlis doa slamat mlm tu ialah kain plekat & baju kurung...ramai gak yg pakai baju melayu dikenakan dgn songkok...nmpk meriah sgt mlm tu walaupun kali ni buat kat dlm rumah,agak sempit ckit la tp meriah dia mcm buat kat ballroom gitu...hahaha..








atas ni antara gmbar2 yg sempat diambil semasa mjlis tu brlagsung..yg paling penting adalah hzq dpt brjumpa & bersua muka dgn org2 yg dah lama xjmpe..dgn adanya mjlis ni dpt jgk mengeratkan silaturrim sesama saudara..

thanx again to aple, uncle mudz & keluarga ,aunty raja & husband ,fath,enya,kak ira & keluarga,chef zainal & isteri...yg paling istimewa skali chef zainal buat pulut kuning khas utk hzq..actualy hzq bgtau dia tgh hari hari tu & dia dpt siapkan dgn jgka masa yg amat singkat..terima kasih skali lg hzq ucapkan...

Tuesday, January 6, 2009

BOLOS saja dinding itu !!!!!!!!!!!!!!!!!

hua hua hua...best gle mlm td kat Wisma AliBawal PJ.nak tau apa bestnya?,bestnya ialah pertama kali bermain bnda yg lain drpd yg lain iaitu kena memboloskan diri dari sebuah halangan yg besar dinamakan dinding plastisin...org kata plastisin tak sakit kan kalau kena?,cuba korang plak rasa mcm mana..kalau bndanya nipis xpe,ni bukan main tebal lg sbb bila kita nak mlawan bnda tu makin kita terjatuh dlm air...hahahaha...tp yg paling best skali hzq xjatuh lgsung spanjang game td kecuali fizie & khai...diowg geram gile cz hzq xjatuh lgsung....diowg bukan main basah kuyup & menggigil cz sejuk sgt dlm air tu..

Me & Khai sebelum rakaman brmula




Me, Khai & Fizie




LagI kitoRang


mcm biaslah zizan dgn lwk slmba dia..kali ni zizan kena pkai costume yg amat pelik utk setiap episod antaranya mcm td dia kena pakai bju drakula & before rkaman kitorang td dia kena pkai baju org srwk...season trbaru BOLOS ni dah tukarbbrapa praturan baru & lain ckit xmcm dulu...apa-apa pun astro tetap kratif dlm mncipta sesebuah rncngan yg unik & versetile..td kumpulan hzq trdiri drpd Fizie,Khai & hzq sndiri & brlawan dgn krew drpd radio X-Fresh fm...tapi malangnya kitowg kalah sbb byk sgt jatuh & patah dinding..whatever is this,ni lah antara pgalaman yg hzq xkan lupakn ..best woooo