Thursday, January 15, 2009

ulasan album di BERITA HARIAN - HIP




ALBUM: Zapin Suri
ARTIS: Haziq
GENRE:Pop Tradisional

DIAKUI sebagai antara barisan penyanyi muda yang mampu membawakan lagu berirama tradisional dengan baik, Haziq mengakhiri penantian panjang selepas menamatkan pengajian di Akademi Fantasia 4 dengan album perdananya, Zapin Suri.

Percubaan berani Haziq yang menongkah arus, bahkan wajar diberi sokongan kerana usahanya itu memelihara irama tradisional kebanggaan negara daripada pupus ditelan masa.

Pesona suaranya yang lunak barangkali mampu membangkitkan nostalgia, apatah lagi sentuhan daripada nama tersohor seperti Pak Ngah, S Atan, Sham Kamikaze dan Arab memberi kekuatan kepada Zapin Suri.

Proses pembikinan album ini dilakukan penuh teliti, memuatkan pelbagai irama tradisional yang mencuri hati seperti joget, zapin dan gurindam lantas menyerlahkan kekuatan serta kepelbagaian penyampaian Haziq.

Penyanyi yang baru menyambut ulang tahun ke-21 ini, bagaimanapun, tidak melupakan terus peminat generasi muda yang barangkali mendambakan sesuatu yang berbeza daripadanya.

Haziq turut menghadiahkan mereka dengan lagu pop, Lara sentuhan Iryanda Mulia dan Akhirnya karya Sham Kamikaze. Percubaan baik dan mampu memberi variasi dalam penyampaian Haziq namun rasanya dia lebih cocok membawakan lagu beritama tradisional.

Antara produksi terbaik pernah diterbitkan di bawah label Maestro Records, album ini juga menghadiahkan peminat himpunan foto menarik Haziq yang mengimbau nostalgia.

Kata Hip:
BERHARAP supaya album ini diberi ruang untuk mendapat tempat di stesen radio kerana Haziq juga mempunyai potensi melakar nama yang besar dalam industri hiburan.

4 comments:

kulin said...

BERHARAP supaya album ini diberi ruang untuk mendapat tempat di stesen radio kerana Haziq juga mempunyai potensi melakar nama yang besar dalam industri hiburan.

betol 2~!!!!!
mmg berpotensi~
cyaiyok2 ajiq~

Anonymous said...

Meletopppppppp...d bombb

apple said...

rush g carik paper ni smlm pas aunty raja msj apple..hihi..nsb baik ade..apple suke lagu track 2 n 8..sedap bangat..yg lain2 pun bes jugak..^_^..keep it up,jiq!

siti fathiyah said...

fath plk plng suka lagu track 4,5 n 9.kita mesti sokong nyer...edop haziq!!